Pasca PRK UM 08 telah berlalu. Saya melihat kemenangan yang tidak di sangka-sangka menjadi milik PRO Mahasiswa . 5 tahun bertungkus lumus memastikan kemenangan iniĀ akhirnya di sambut dengan laungan takbir memuji kebesaran Ilahi. Akhirnya impian saya bersama sahabat-sahabat seperjuangan untuk megnggegarkan Dewan Tunku Canselor (DTC) menjadi realiti.
Kemenangan ini bukan satu kebanggaan yang boleh di ungkap dengan gahnya oleh semua orang .Kemenangan ini adalah satu ujian berat dari Allah kepada YB yang telah memenangi dan mereka yang terlibat di dalam usaha bagi mengisi kemenangan ini . Tanggungjawab sebagai pemimpin perlu di perhalusi dan di fahami dengan sewajarnya. Setiap tanggungjawab akan di persoalkan oleh Allah kelak. Jika baik yang di laksanakan maka selamatlah , begitulah sebaliknya. Menang atau kalah sudah menjadi adat perlawanan . Seharusnya kita mengambil iktibar baik yang menang mahupun yang kalah . Kekalahan perlu di kaji dan di lakukan pembaharuan strategi yang lebih berkesan untuk kemenangan yang akan datang. Bagi yang meraih kemenangan pula , jangan
ingat keselsaan ini tidak di perhatikan oleh pihak lawan. Sesunggghnya sesaat kita leka dengan kemenangan ini , maka saat itu jugalah , musuh akan menyerang sedikit demi sedikit. Apapun kepada yang menang dan kalah, dekatkan hubungan kita dengan mahakuasa yang biasa melakukan apa-apa sahaja perubahan sekirannya DIA perlu. Tetapi yakinlah sesiapa yang berusaha untuk memastikan agama Allah terus terbela. Insyaallah , Dia pasti Bersama- sekadar pandangan.