Kemenangan yang berpihak kepada pro mahasiswa yang tediri daripada PMI, Cina dan India pada 19 januari yang lalu memerlukan satu perencanaan yang rapi di peringkat parti yang menang untuk membawa agenda kemenangan itu. Apakah Hope n Change yang di laungkan itu satu retorik semata-mata untuk meraih undi simpati atapun ianya menjadi agenda serius yang akan di laksanakan oleh Blok pro mahasiswa ini .
Kebanyakan calon-calon yang memenagi PRK 08/09 ini adalah muka-muka daripada PMIUM seperti saudara Mohd Hafis bin ilyas yang mendapat undi tertinggi , saudara Ridzuan Mohammad exco akademik dan intelektual PMIUM , Saudara Aizat Bin salleh dan ramai lagi. Kemenangan mereka ini sudah tentu membawa nama PMIUM di mata mahasiswa juga. Namun sekarang ini siapakah yang perlu menonjol ? MPM atau PMI??
MPMUM terkenal sebagai badan pelajar yang menaungi seluruh mahasiswa di kampus . Peranan mereka cukup besar berbanding persatuan-persatuan kecil yang lain seperti PMIUM. Mereka ibarat seperti sebuah kerajaan yang memerintah . Kemenangan tipis 21/20 melayakkan mereka untuk membentuk sebuah kerajaan . Pergerakan mereka lebih luas dan terbuka. Mereka boleh mengarah dan memandu pelajar mengikut kuasa yang ada pada mereka. HEPA walaupun mengawal mereka namum MPMUM yang sebenar mempunyai kapasisti lebih walaupun ada HEPA.
MPMUM memang berdiri di atas kaki sendiri. Kita bukan menjadi jurucakap kepada pihak pengurusan universiti, tetapi meluahkan pandangan sebagai pemimpin pelajar yang dipilih secara demokrasi. Kami juga adalah golongan muda yang lebih memahami emosi dan pemikiran sebagai remaja. Jika pihak pengurusan melakukan perkara yang kita rasa perlu pembaikan, maka kita akan suarakan. Mengenai kemerosotan kedudukan Universiti Malaya (UM) dalam dunia oleh THES pada tahun ini, memang kita akui dari segi kedudukan kita telah menurun. Kita bukan menghebohkan markah yang diperolehi untuk menutup kelemahan, tetapi untuk pengetahuan umum bahawa kita meningkat dari segi markah. (kata mantan YDP MPMUM 05/06)
Bagaimana dengan PMIUM. ?? adakah PMIUM akan tenggelam di sebabkan kemenangan ini . Manakah fokus PMI ?? Penulis memandang PMIUM perlu seiring bersama MPMUM namun penumpuan perlu di lebihkan kepada MPMUM yang mengalami satu kemelut untuk mengisi kemenagan .MPMUM perlu membawa agenda keadilan , kesamarataan, keamanan dan kesejahteraan di samping meneruskan penekanan Hope & change yang dilaung-laungkan. Sama-sama kita nantikan-sekadar pandangan.
salam…
bagi saya PMIUM perlu menjadi sebuah badan yg bersifat memandu arah gerakan ataupun lebih tepat lagi badan2 lain… kenapa sy kata memandu arah? logiknya PMIUM wujud untuk memastikan segala badan dan gerakan yg ada digembeleng bersama2nya agar hadaf utama dicapai iaitu mendaulatkan intipati Islam di tempat tertinggi… maka saya mencadangkan kepada pimpinan MPMUM agar menjadikan PMIUM sebagai rujukan dan panduan utama dalam menentukan dasar lantaran PMIUM merupakan badan yg terbesar di universiti selepas MPMUM… fokus PMIUM? mudah sahaja, tumpukan lebih kali ini kpd menyebar luaskan idea faham Islam serta perlu merubah momentum gerakan yg sy kira perlu bersifat lebih anjal dan dinamik ekoran zaman telah berubah selari dengan front yg didokong oleh PMIUM Pro-M, Hope & Change.. maka pimpinan PMIUM perlu bersifat lebih agresif dan kreatif dalam menerajui gerakan bagi memastikan PMIUM terus UNGGUL MEMIMPIN GENERASI…
wassalam