Maruah : Polis Malaysia Perlu Kaji semula peranan.

30a0601b4afe2350“Mesra, Cepat ,Betul “ menjadi tema retorik bagi Badan ini  berikutan kes kugan yang menjadi Panas di media massa ketika ini . Kugan, 22, ditahan reman sejak minggu lepas kerana didakwa terlibat dalam kes samun kereta mewah, sebelum meninggal dunia ketika dalam tahanan di lokap Balai Polis USJ 8, Subang Jaya pada 11 pagi Selasa lalu.

Keluarganya yang tidak berpuas hati dengan kematian Kugan mendakwa dia didera polis kerana ada banyak kesan kecederaan pada tubuhnya walaupun laporan bedah siasat menunjukkan kematiannya akibat paru-paru berair. Mereka mahu bedah siasat dilakukan sekali lagi.

Kematian kugan ini menjadi satu perbahasan yang menarik pada saya yang sama perlu kita fikirkan tentang kematian beliau . Beliau di tahan dan mati selepas itu hanya dalam tempoh yang tidak lama. Seolah-olah ada faktor lain yang yang menyembunyikan agenda tertentu merasakan dirinya tidak selamat apabila Kugan di penjarakan . Siapakah dia ?? inilah yang menjadi persoalannya. Mungkin sahaja Pihak polis sendiri ataupun orang ketiga yang mengkambinghitamkan pegawai polis . Ataupun mungkin kes ini tiada kaitan lansung dengan ketiga- tiga andaian tersebut ,tetapi hanya faktor kesihatan beliau sahaja yang mengidap paru-paru berair .Tetapi bukti pertikaian keluarga Kugan terhadap kesan cedera di badannya cukup menjadi tanda tanya dan hanya mereka yang teribat di balai polis itu sahaja yang tahu bagaimana kesan itu wujud.d2af35a103cc5104f23dd38b4eeaabe91

Apapun andaian  sekarang ini , pihak polis perlu bertanggungjawab kerana kejadian berlaku di kawasan mereka yang melibatkan pegawai mereka sendiri. Nampaknya sekali lagi pihak polis di pertikai peranannya. Sudah banyak agenda retorik yang mereka laungkan . Polis perlu memainkan peranan menjaga keamanan negara bukannya menimbulkan rasa ketidakpercayaan masyarakat terhadap mereka. Sebelum ini kes bunuh altantuya, kes sharlinie dan sebagainya sampai sekarang menanti-nanti keputusannya.

Kerajaan malaysia perlu menitik beratakn soal keselamatan negara ini. Pihak polis perlu di kaji semula peranannya. Meraka bukan sahaja bertugas menangkap pesalah semata-mata. Namun nilai integriti dalaman diri mereka juga perlu di beri penekanan. Polis bukan menjadi Pak turut kepada mana-mana pihak yang berkepentingan , ini kerana perkhidmatan mereka adalah untuk semua dan konsep keadilan serta ketelusan perlu ada dalam diri setiap polis.Apapun ini hanyalah sekadar pandangan pribadi saya terhadap polis di malaysia. Isu kugan perlu di ambil perhatian dan sesungguhnya  pihak polis perlu lebih cekap ,kemas dan adil di dalam melaksanakan tugas. -sekadar pandangan

Advertisement

One Response to Maruah : Polis Malaysia Perlu Kaji semula peranan.

  1. ummu says:

    stuju2x… pasni suh polis cegah maksiat plak. pastu tertangkapla org sendiri.. polis pon kena ada jati diri sebagai pendakwah gak, buat kerja dengan berhikmah dan bukn atas dasar suruhan org atasan smate2. cne la nk cegah jenayah dengan kdr jenayah dikalangan mereka pon x terbendung. wallahu a’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.