Kabinet MPMUM yang di jadualkan akan berlaku pada isnin hadapan seperti mana yang di nyatakan di dalam Malaysiakini akan mewujudkan satu senario kepimpinan baru di peringkat mahasiswa pada sesi kali ini. Pembentukan kabinet ini seperti mana yang di nyatakan oleh 2 parti politik mahasiswa yang bertanding di dalam PRK 08 yang lalu menunjukan masing-masing ingin mendapatkan kuasa untuk memerintah. Kemenagan PRO mahasiswa sebanyak 19 kerusi manakala penggerak mahasiswa 20 kerusi dan bebas 2 kerusi , menyukarkan untuk kabinet di tubuhkan dengan lebih awal . Namun setelah 2 orang calon bebas bersetuju untuk bersam-sama Pro mahasiswa menajdiakan PRO-M layak untuk memebentuk Kerajaan Mahassiwa universiti malaya Isnin ini .
Namun saya berasa hairan apabila kenyataan yang di keluarkan oleh Ketua penggerak Mahasiswa yang menunjukkan bahawa mereka tidak pernah mengaku kalah walaupun jelas mereka tidak perlu berusaha mendesak sehingga sedemikian rupa. Sepatutnya mereka perlu akur kepada kemenagan majoriti sahajalah yang layak untuk menubuhkan kerajaan bagi memerintah universiti Malaya.
Seperkara lagi, desakan untuk meminta kuasa Majlis tertinggi dalam MPMUM juga nampak agak keterlaluan .
“Jadi kita ada permintaan. Kami hendak jawatan naib yang dipertua diisi oleh calon fakulti kami,” katanya.
Kebiasaannya Majlis tertinggi adalah di kalangan Calon umum yang memenangi Pilihanraya tersebut .Permintaan mereka untuk meletakan calon fakulti adalah tidak relevan sama sekali . Permintaan ini juga seolah menunjukan mereka rasa tercabar dan berusaha untuk memilikinya kerana mungkin berkaitan dengan maruah mereka sendiri yang sebelum ini telah memegang tampuk kepimpinan (aspirasi ) selama 4 tahun .
Kenyataan tersebut pada saya jelas menujukan siapa sebenarnya yang gila kuasa. Sebelum ini Ketua penggerak mahasiwa juga pernah mengeluarkan kenyataan pasrah terhadap MPMUM .
“Saya cukup insaf dengan fenomena yang berlaku pada hari ini. Kemusnahan kasih sayang dan hilangnya perikemanusiaan. Manusia menjadi cukup mementingkan diri. Kemenangan dunia sementara di agung-agungkan. Entahlah, sayu hati mengenangkan semua ini. Lebih-lebih lagi dalam musim Pemilihan MPMUM ini, segalanya bagai hancur berkecai. Apalah sangat yang hendak di kejarkan di peringkat MPMUM? Elaun?Pangkat?Glamour??”
Menjawat jawatan di dalam MPMUM bukanlah untuk mengejarn nama ,pangkat dan sebagainya . Namun perkara asas yang perlu di fahami adalah amanah dan tanggungjawab yang perlu di lunaskan bagi mamastikan kamanan dan keadilan kepada semua pihak terlaksana dengan sebaiknya. Sudah jelas selama 4 tahun pemerintahan mereka apa yang berlaku. Usahlah merebut kuasa seandainya kemenagan sudah jelas berpihak kepada yang sepatutnya- sekadar pandangan .